Bantu rakyat kita dahulu...
Kebelakangan ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza dan berpusu-pusu individu dan organisasi untuk menghulurkan bantuan. Aku suka lihat semangat mereka untuk membantu rakyat dunia dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Aku jugak kadang kala hampir menitiskan air mata bila melihat gambar-gambar yang memperlihatkan penderitaan mereka terutama yang melibatkan kanak-kanak dan juga wanita. Tak dinafikan sekarang ni banyak misi kemanusian yang dihantar ke sana bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara seluruh dunia.
Bukan di sini aku nk mencela usaha mereka cuma aku rasa terlalu banyak misi kemanusian yang dihantar ke luar yang melibatkan negara-negara krisis dan juga negara yang ditimpa bencana. Aku rasa mungkin 50 peratus daripada mereka/organisasi tersebut mahukan publisiti sebab setiap kali misi dijalankan pasti mereka bawa wartawan dan mahu disiarkan dalam akhbar atau televisyen. Buat press conference, bergambar sana-bergambar sini, kemudian menitiskan air mata...Aku seumpama sudah tidak mengerti tujuan utama mereka menghantar misi tersebut..sama ada untuk nama atau atas dasar keperimanusiaan dan ingin membantu.
Beberapa minggu lepas aku ada terbaca satu artikel dari sisipan Mega di Utusan mengenai lambakan misi bantuan kemanusian dari NGO2 negara ini. Termasuk yang dihantar ke Kemboja, Palestin, Somalia, Indonesia, Gaza, dan banyak lagi. Mulia sebenarnya niat mereka tu tapi jika terlalu banyak ia dilihat seperti satu trend di mana siapa yang dapat menghantar misi tersebut, mendapat satu 'nama' yang memperkukuhkan organisasi mereka dengan kerja2 CSR.
Sudah hampir genap setahun aku bekerja sebagai Wartawan Kosmo di Kelantan. Banyak juga yang telah aku belajar dan lihat di sini. Kelantan mengajar aku erti sebenar kehidupan dan makna berdikari yang sebenar. Orang kata Kelantan negeri yang miskin, dan rakyat Kelantan menafikannya sekeras2 dengan menyatakan ramai orang kaya di Kelantan. Ya..tak dinafikan ramai golongan yang kaya dan berjaya berasal dari negeri ini tetapi nisbahnya tidak setara dengan bilangan kemiskinan.
Aku hendak kongsikan pengalaman aku yang aku lihat sendiri di sini. Aku adalah budak bandar yang hanya mengenal erti debu asap kenderaan dan juga dinding konkrit. Pada awal perkhidmatan aku di sini aku di bawa masuk ke dalam kawasan perkampungan di Tumpat yang merupakan antara daerah yang paling ramai keluarga miskin tegar. Hampir menitis air mata aku apabila dibawa ke sebuah rumah yang didiami oleh dua keluarga yang rupanya hampir roboh. Lantainya berlubang dan boleh menampakkan tanah di bawahnya. Untuk menutup lubang2 tersebut mereka meletakkan tikar getar. Mereka masih menggunakan kayu api untuk memasak. Dapur gas ada tapi hanya digunakan sekali sekala. Nak basuh pinggan kena mencangkung di bahagian luar di atas konkrit yang berlumut. Bilik mandi pula hanya dibentengi playwood yang berlubang serta kepingan zink nipis. Dalam rumah itu ada sepasang suami isteri yang baru berkawin. Ekoran tak ada bilik..ruang tidur mereka hanya dipisahkan dengan kain yang digantung seperti kelambu. Bayangkan macam mana kehidupan mereka.
Aku akui.. walaupun aku bukanlah dari keluarga yang kaya raya, tapi kehidupan kanak-kanak dan remaja aku jauh berbeza dari mereka. Kalau la aku dikurniakan tuhan kelebihan wang ringgit, mahu kiranya aku lakukan sesuatu untuk memperbaiki kehidupkan kanak-kanak miskin terutamanya supaya mereka walaupun sedikit boleh merasa keriangan yang pernah aku rasai sebelum ini. Sumpah aku katakan disini, sebelum ini aku hanya menganggap kemiskinan tegar yang aku saksikan di Tumpat itu adalah kisah terpencil..tetapi rupanya ia adalah kisah yang telah menjadi kebiasaan di kalangan penduduk kelantan. Celik sahaja mata aku..aku sudah naik kereta..bilik air lengkap segala siap ngan heater (sampai skang aku tak biasa mandi air sejuk), makanan sampai tak larat makan, pakaian yang cantik, TV, Komputer, Computer game..tp bayangkan kanak2 tersebut..walaupun mereka nampak gembira, adakah peluang terbuka luas untuk mereka mengubah nasib?
Cerita di atas adalah rumah pertama yang aku lawati. Pada hari itu aku pergi tiga buah rumah yang senasib. Itu baru tiga buah..bayangkan kalau tawaf sekampung mahu berhari2 pun tak habis. Seperti kisah yang kita lihat di dalam rancangan Bersamamu TV3 tu, satu keluarga setiap minggu, tapi aku jumpa kisah seperti itu setiap hari. Ramai sebenarnya miskin tegar di Kelantan yang tidak mampu untuk makan nasi berlaukkan ayam walaupun sebulan sekali. Bukan perkara ini tersembunyi atau perlu mencari bersungguh-sungguh untuk menemui keluarga miskin, naik kereta setengah jam dah boleh jumpa 3-4 keluarga. Kemiskinan di hadapan mata.
Aku percaya..perkara ini bukan hanya ada di Kelantan. Perkara ini juga berlaku di negeri-negeri seperti Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis. Kenapa kita buat tak nampak? Bukan niat aku nak kata negeri ini miskin cuma aku nak cerita tersentuhnya hati aku bila melihat beberapa pekerja rakan aku yang membuka kedai makan terlalu teruja bila kata aku nak belanja KFC..Sebulan sekali pun belum tentu mereka nak pergi makan KFC sebab sayang duit..Kat KL pun ada juga tapi tak la seramai di sini. Dengan labour pay murah kat sini. Gaji kerani RM450?!! nak makan apa.. rata-rata gaji kerani paling tinggi adalah RM600-RM700 tapi amat jarang untuk ditemui. Standard RM450. Keje kedai makan RM500. Belum kira kerja kampung..RM300 pun belum tentu sampai. Dan kebanyakan anak muda kelantan hanya mampu bekerja di kedai makan, stesen minyak, kedai-kedai kerana tidak mempunyai pelajaran tinggi. Mereka yang well educated dah migrate ke bandar besar seperti KL.
Do something about this please before trying to save others..ini anak bangsa kita. Apa kata duit yang kita ada nak naik kapal terbang tu kita bantu keluarkan mereka dari kemiskinan tegar. Hadkan misi bantuan keluar dan hantarlah sebahagian bantuan itu untuk rakyat miskin di Malaysia. Datangla ke negeri-negeri seperti ini dan bina sesuatu yang boleh menjana pendapatan kepada mereka. Tawaran pekerjaan di Kelantan sangat sikit dan gaji sangat murah. Mereka yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur malah mereka yang merupakan anak Jati kelantan juga mungkin sudah lupa dan tidak menyedari kewujudan miskin tegar ini.
Teringin aku nak bawak artis-artis dan golongan korporat tu berjalan pusing kelantan dalam One Day Poverty Tour..Hmm..menarikkan kalau kita buat trip macam tu..buat kat negeri lain juga. Pastu x ada alasan untuk dorang kata dorang tak tahu pasal kemiskinan dan kesusahan bangsa sendiri..Mereka juga layak untuk mendapat perhatian seperti penduduk Gaza terima. Cuma mereka bukan cedera dibedil peluru, mereka menjadi mangsa kemiskinan duniawi.
Mungkin ramai yang berada atau berjaya dengan usaha mereka akan mengatakan, kalau dah susah pergila kerja.usaha la sendiri, aku pun bukan senang sekelip mata, kena usaha keras juga. Ya..betul aku tak nafikan tapi kena ingat, kadang-kadang kita berjaya senang sebab dikurniakan peluang untuk melangkah. Tak semua dapat peluang macam tu. Mungkin mereka mewarisi kemiskinan ibu bapa dan tidak mampu menyambung pelajaran. Rata-rata yang aku jumpa, semuanya bekerja, dari cari botol, kertas, kotak, ada yang jual buah..ada yang bawak beca..tapi berapa sangat mereka dapat dari usaha mereka dan penat lelah itu. Jadi renungkan la..

Comments
br semaLam abah Sya mengomen psL issue nih. tp ye La..Sya sokong kite toLong Gaza. sebab dorang perang kan..da tentu2 memang suffer giLE.cume maybe tv,newspapers ptt spread info about poverty in pur own land. nk harapkan bersamamu je susah La..
Sya dr time bLaja suke nazar.kLW dpt dekan, nk donate certain amount to anak yatim/org susah.tp susah nk carik.sbb kite bLaja, so harapkan bersamamu/tv jek utk tunjuk mne2 org memerLukan.
ps2 Sya ter-pk jugak, ade xorg susah yg sampai tahap account bank pon xde??cmne nk tLG?? iskk..ntah La..