Sunday, July 1, 2012

Herbalife untuk kurus? Berkesankah?


Sesiapa yang mengenali aku sebelum ini memang tahu aku sangat-sangat against weight lost produk. Entahlah, maybe sebab aku rasa produk2 tu membazir, banyak yang ada side effect, hanya memanipulasi badan dan minda anda dan akan menaikkan berat badan kita secara mendadak kalau kita stop.

Semenjak aku bersama rakan-rakan aktif with helping friends with fitness and weight lost di Global Fitness Centre Kota Bharu, aku cuba ajak rakan2 media aku untuk join bersama tuk sesi wanita sahaja setiap pagi jumaat. Saja la seronok2 sambil bersenamkan. Lagi pun bila aku datang kerja di sini, ramai kawan2 media sedang dalam program kurus dengan produk Herbalife.

Tapi bila aku ajak dorang..satu ayat yang memang buat telinga aku macam nak terbakar sikit..

"Ala..aku minum herballife pun leh kurus la..tak payah macam ko nak penat2 berpeluh kat gym tu"

Memang aku tak nafikan yang produk2 macam Herbalife, Jusmate 5, and yang terbaru SD2 boleh mebantu dalam menurunkan berat badan, tapi kalau kita tak jadikan healthy eating sebagai amalan dan diet pemakanan mengikut aturan, sama je, lepas stop produk yang perlu keluarkan ratusan ringgit, badan naik  sebanyak mana duit kamu keluar. Bersenam buat kita lebih sihat dan nampak lebih bermaya.

"And to that person yang cakap kat aku macam tu..u look older than me dear eventhough u r younger..and ur body are sagging worst than mine..and u need to remember, u are not married yet and im a mother of two darl..excercise makes everythng.."

Ok..citer panjang pun tak guna..i share u info yang aku dapat adir blog  Kevin Zahri yang sependapat dengan aku mengenai produk2 seperti Herbalife ni.

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder


Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder merupakan produk pengganti sajian. Ia bekalkan protein, karbohidrat dan lemak mengikut kadar kalori (lebih kurang) 40:40:20. Kalau anda pembaca eBook-eBook saya, sudah pasti anda faham kadar kalori. Secara ringkas, kesemua produk suplemen pengganti makanan dihasilkan untuk membekalkan kesemua makro-nutrient (karbohidrat, protein dan lemak). Jadi pengguna tidak perlu pening kepala untuk mencari makanan sendiri! Bagus kan? Memang bagus.

Adakah ia mengandungi ramuan magic untuk kurangkan berat badan?


Tidak sama sekali. Konsep Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder atau mana meal replacement supplement adalah untuk memastikan anda dapat bekalan makanan/nutrisi yang seimbang dan lengkap. Jadi macamana boleh kurus pulak? Bila anda gantikan makanan seharian anda yang kurang baik dengan makanan yang lebih baik (daripada suplemen) ia secara tak langsung membantu anda hasilkan defisit kalorie. Jaid dengan adanya defisit kalorie ini, anda akan kurangkan berat badan. Itu adalah asas weight loss yang paling … well … asas! :)

Di US produk2 MRP (meal replacement packets) seperti Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder, MyoPlex dan lain-lain memang murah. Sekali makan hanya perlu belanja USD1-2.

Malangnya di Malaysia, kosnya agak berbeza. Bukan sahaja kos tukar mata wang asing malah dicampur dengan kos pengangkutan, pemasaran dan lain-lain. Jadi sebagai pengguna, kos untuk 1x Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder (550g) adalah RM160 (lebih kurang) untuk 20 hidangan. Jadi kos setiap kali makan adalah RM8.

So dengan kos RM8, adakah ia berbaloi? Well itu bergantung kepada individu. Sekiranya kos produk herbalife tidak menjadi beban kepada anda, sememangnya ok anda ingin gunakan Herbalife untuk jangka masa panjang.

Apa beza Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder dengan MRP lain?

Sama dengan mana2 suplemen meal replacement yang lain, Herbalife tidak berbeza. Mereka membekalkan nutrisi-nutrisi am dengan kadar yang seimbang. Itu sahaja! Bagus? Memang bagus BUT disebabkan nutrisi-nutrisi Herbalife diimport, kosnya lebih mahal. Apa beza soy protein Herbalife dengan soy kacang Malaysia? Kos! Apa beza kandungan karbohidrat dan fiber Herbalife dengan yang di Malaysia? Kos...

So..sekiranya anda mampu untuk mengeluarkan wang sebanyak itu anda boleh teruskan..Kos untuk kurus anda menghampiri RM1,000 sebulan. Fikir2kan lah..

16 comments:

herbalife terengganu said...

Hi. Herbalife really WORK and i loss 13 kg in just 3 months time.

Golden Lounge said...

salam..terjumpa blog awak dan rasa macam bes..my fren is a big fan of herbalife. i think its pricey. but never tried though..i use shaklee..oh well bukan nak kurus..tp nak sihat yo.dah tua haha..neway..feel free to visit my blog goldenlounge.blogspot.com

Muhammad Farhan said...

Nak Kurus Badan Dengan Cepat? www.dietkamikaze.com

juliaismail said...

Hai Golden Lounge..Herbal life sangat pricey..kalau tak mampu makan pastu sekerat jalan je..kesian kat mereka2 yang betul2 nak kurus..so lebih baik ajar mereka cara untuk kurus yang lebih ekonomi. Macam saya..kesihatan saya banyak dipengaruhi oleh pemakanan saya..Jarang amik supliment sebab sayang duit..hehehehe

juliaismail said...

Hai Golden Lounge..Herbal life sangat pricey..kalau tak mampu makan pastu sekerat jalan je..kesian kat mereka2 yang betul2 nak kurus..so lebih baik ajar mereka cara untuk kurus yang lebih ekonomi. Macam saya..kesihatan saya banyak dipengaruhi oleh pemakanan saya..Jarang amik supliment sebab sayang duit..hehehehe

Nik Nur Munirah Nik Hamid Labib said...

Hai! Come have a look my blog and be my follower. TQ! http://munirahcomel.blogspot.com/p/about-me.html

p/s : i also consuming Herbalife! ^__^

Anonymous said...

betol. sy lost 10 kg. tanpa consume apa2 supplement. just follow kevin zahri tips... exercise & kalori defisit & mkn 5-6 kali. mmg berkesan herbalife tu, tp sy tak nak bergantung pada apa2 produk... sampai bila nak consume produk..? :) tp pilihan masing2, tepuk dada tanyalah diri sendiri..

Anonymous said...

produk herbalife ok tp ada sesetengah penjual yg suka paksa org jd ahli konon2 utk tambah income..minum sekerat jalan saya terus malas dah..skrg diet cara kevin zahri..tak perlu abis duit..:-D

Anonymous said...

Xsuke hl cz ada soya.soya kan xelok if mkn selalu.mahal sgt.kevin zahri pun xambik.dia ambk mknan fresh buah,roti je.ek0n0mik ktanya.pling penting senaman n gaya pemakanan

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mulaza said...

sape tiru sape ni agaknya ya?
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/herbalife-kurangkan-berat-badan-malaysia/

mulaza said...

product herbalife bukan utk kurus bdn. ianya adalah pemakanan sellular. berfungsi utk memperbaiki keseluruhan sel tubuh kita. satu utk semua. membantu mengurangkan lemak, rawat sistem dalaman spt kulit & organ yg lain. RM4.40 sehari mahal ke? sy amalkan 1 produk je pun byk munafaat yg sy dpt. produk lain2 hanya sbgai tmbahan jika perlu. dlm kehidupan kita apa2 pun jua bila nk cepat & pantas kosnya mmg mahal..renung2kanlah..utk keterangan lanjut hubungi saya.
tak rugi sekadar mendgr je kan???013-6967753

juliaismail said...

Mungkin mulaza tak perasan info di atas yang saya ada katakan info ini di kongsi melalui paparan dari kevin zahri

Anonymous said...

saya memakan produk herba setahun lebih..bdn tak gemuk..ok walupun dh berusi mantain.saja ikut kawan2 krn ketika itu sy byk pergi kemajlis dinner..balik tidur dgn perut penuh berisi..lama2 perut naik.tapi ada yg tak kena dgn jari2 kaki dan tangan ..kebas dn ngilu.doktor suruh berhenti memakan herbalife krn klu diteruskan akan menghadapi penyakit urat saraf atau artriti..terpaksa bpantang mkn bahab dari soya,kekacang,tempe dsbnya.bila berhenti dan berpantang hilang segala masaalah..skrg sy usaha dgn kaedah sy amalkn berpuluh tahun lamanya iaitu kaedah cara mandi yg betul membelai diri dgn titik point yg tertentu..spt yg sy ajarkan dibengkel saya....fb elzadra.atau elzadra.com.. bkn nk komen produk tersebut tak baik tapi berhati2 sesetengah produk tak sesuai dgn kumpulan darah seseorg.