Penting!! Jika anda mahu turunkan berat..

Perkara utama yang selalu orang beritahu kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan adalah dengan diet atau kurangkan pengambilan makanan. Dengan erti kata lain jangan makan!. Memang betul diet adalah komponen terpenting dalam proses penurunan berat badan namun mesti ingat, diet jika tidak diselangi dengan senaman juga tidak akan mendatangkan hasi, tapi ramai yang berjaya dengan hanya berdiet. Tapi apa guna berdiet sekiranya badan tidak cergas.

Kali ini aku tak mahu cerita pasal senaman. Entri ini adalah untuk aku bercerita mengenai DIET yang sesuai mengikut cara aku. Aku pun belajar dari pembacaan dan juga menonton The Biggest Loser. Tu fav TV show aku.



Diet yang betul adalah diet yang SEIMBANG. Apa makna diet seimbang?


Diambil dari http://www.dietsehat.info/

Diet sehat adalah diet seimbang yang mengandung


•banyak serat sayuran


•karbohidrat kompleks


•vitamin, mineral


•enzim


•minyak tidak jenuh yang dapat menjaga keseimbangan level kolesterol dalam darah


Makanan pada dasarnya merupakan sumber energi bagi manusia dan makhluk hidup lainnya. Makanan mengandung nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk proses metabolisme. Adapun nutrisi yang terkandung dalam makanan adalah karbohidrat, gula, serat, protein, dan lemak, dan juga vitamin serta mineral. Tiap-tiap zat mempunyai fungsi yang berbeda. Karbohidrat, protein dan lemak, misalnya berfungsi sebagai sumber utama energi, sementara serat berfungsi untuk membantu proses pencernaan. Tanpa serat yang cukup, proses pencernaan akan terganggu. Demikian pula dengan vitamin dan mineral yang mempunyai tugas yang sangat penting yaitu mengoptimalkan proses pencernaan dan penyerapan makanan.

Menu diet sehat adalah diet seimbang yang mengandung banyak serat sayuran. Menu diet sehat tidak mengandung banyak lemak jenuh berasal dari binatang. Dalam proses metabolisme, lemak diperlukan dalam jumlah yang sedikit, jadi bila terjadi kelebihan asupan lemak, maka kelebihan lemak ditimbun dalam tubuh dan tersimpan dalam pembuluh darah. Dampak buruk dari penumpukan lemak dalam tubuh adalah timbulnya cholesterol pada dinding-dinding pembuluh darah yang menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Ini sangat membahayakan kesehatan, bahkan menyebabkan kematian.
..............

Apa yang penting kita perlu makan 3 kali sehari dan jangan skip.

1. Breakfast  - Sarapan pagi adalah sangat penting untuk membekalkan tenaga bagi bagi aktiviti yang kita sepanjang hari. Untuk sarapan pagi its ok tuk makan sesuatu yg lebih berat
2. Lunch - Elakkan makan nasi dan banyakkan sayuran dan daging.
3. Dinner - Makan sebelum pukul 8 malam.

KENAPA PERLU BFAST? Sebabnya, kita akan bekerja dan melakukan aktiviti sampai petang dan ada yang bekerja sampai malam. Makanan ini akan membekalkan tenaga kepada kita macam roti atau cereal. Tapi untuk yang susah nak dapatkan cereal tu makan la roti je. Jangan mendera badan kita.

KENAPA PERLU LUNCH? Sama seperti bfast tapi lunch ni jangan makan keterlaluan. Asalkan anda makan sesuatu yang boleh memberikan tenaga. Yang penting kurangkan karbohidrat iaitu nasi. Kalau boleh jangan makan nasi langsung. Tapi bagi mereka yang baru nak mula, cukuplah mengurangkan separuh dari portion makanan biasa.

KENAPA PERLU DINNER? kita sebenarnya tak boleh biarkan perut kita kosong atau kelaparan. Sekurang2nya makan la sedikit walaupun hanya biskut dan air bersusu.

Apa yang penting jangan biarkan anda kelaparan. Kenapa? sebabnya, bila kita kurang kan pengambilan makanan di tahap maksimum sampai tak makan langsung pun ada, badan kita akan menghantar signal ke otak bahawa bahan bakar atau tenaga yang dihasilkan daripada makanan yang kita makan adalah berkurangan. Dengan itu otak pula menghantar signal kepada badan mengatakan bahawa tenaga itu perlu disimpan bagi 'menjimatkan' penggunaannya. Dengan ini ia membuatkan kadar metabolisme badan iaitu kadar pembakaran lemak menjadi lebih perlahan. Ini la sebabnya orang yang berdiet tidak pernah berjaya kerana diet mereka salah. Mereka bukan berdiet tetapi mereka kebuluran.

Diet bagi aku adalah pemilihan pemakanan yang penting dan berkhasiat. Jangan terlebih makan dan jangan terkurang makan. Kalau nak kurus biarlah dengan cara yang sihat. Anda nak ke kalau dah kurus tapi sakit? Macam mana nak catwalk dengan badan baru kalau sakit ye tak?

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri