Wartawan vs penulis blog

Aku ni dah hampir lima tahun jadi journalist. Keja aku jumpa orang, cari bahan dan menulis. Tujuannya senang, nak bagi orang ramai tahu apa yang terjadi dalam dan luar negara. Tp pasal tulis blog ni memang aku fail betul la. Macam mana orang boleh tulis blog, dengan idea yang melambak2 sedangkan aku yang cari makan dengan menulis ni susah sangat nak tulis blog. Aku ni bukan apa teringin gak makcik nak jadi cam blogger2 yang ada pengikut. Kekadang dorang tulis cerita tak penting pun tapi sebab gaya dan topik tu orang suka baca. Lagi pun korang bayangkan, makcik ni dah dok kat opis berjam2 mengadap komputer tulis somethng serius, pastu nak balik tulis blog lagi..aduh..

Tapi aku nak tulis balik la kat sini. Lagi pun aku leh lepas tension..kutuk orang ke..bukan ada orang nak singgah pung blog aku nih..hahahaha..tapi kalau yang singgah tu..korang baca je la ek. Lagi pun aku ni dah tak boleh tido pagi buta..kang dah nak subuh baru la aku nak tido. Skang ni aku dengar je laki n anak aku berdenggur..jangan tak caya si kecik rambut kinting tu berdengkur tau..hahaha.

Sejak aku tukar dok meja luar negara ni aku banyak free time. The best part is aku leh masak makan tengah hari walaupun kekadang laki aku bukan heran sangat pun kalau aku masak. Diet malam kononnya. Tapi kan aku rasa aku ni ada penyakit sindrom syok sendiri pada makanan sendiri..Boleh?..hahahaha..Aku kan tak tau la kenapa aku sentiasa rasa makanan aku masak sedap..kahkahkah(gelak sambil guling2 macam tenggiling) Tapi betul dowh..tak tipu..kalau aku tak keje, aku masak..aku leh makan ulang2 kali. Pastukan lepas masak mesti aku yang capai nasi dulu. Pastu aku cakap kat laki aku..U.meh la makan..i masak sedap ni..hahahaha..berangan sungguh aku..kau ada?..(guling2 macam tenggiling!!). Aku suka masak..pastu aku suka makan..

Alamak..Iklan jap..aku sakit perut la plak!!!

Ok..sambung balik..huhuhu..Tapi selepas membuang ni ngantuk la plak aku..kahkahkah..Aku tak tau la wei nak tulis pasal apa..tapi sepatutnya org yang ada kerjaya macam aku sebagai wartawan ni la yang banyak cerita yang nak diberi tahu. Tapikan aku nak bagi tau kat sini daripada apa yang korang baca kat surat khabar ada banyak lagi yang korang tak tau yang kami tersekat nak tulis. Ye la banyak benda kena jaga. Perasaan orang, sensitiviti kaum, agama dll. Jangan ingat org surat khabar ni main tulis je sebab nak lakukan surat khabar. Selalu kalau aku jumpa vvip dorang akan cakap..korang ni tak der keje lain kan nak tulis yang sensasi je. Yang selalu kena paper tabloid. Faham2 la kalau ada silap yang perlu umum tau kami akan beritakan. Dorang selalu kata paper ni suka tambah2 apa yang dorang cakap. Habis tu kalau kami tanya..

"macam mana awak boleh berjaya sampai ke tahap ini?"

dia jawab. "tu la dik, dulu kan masa kantoi spm dulu org tua tu kata cekik saya bagi mampus masa kecik2 lagi bagus.Tak la nyusahkan dia nak bagi makan. Skang ni saya dah buktikan kat dia yang saya leh berjaya walau tanpa bantuan dia atau adik beradik yang lain. Saya buat sendiri semua, skang ni yang bukan beradik pun mengaku keluarga. Saya mula dari bawah.

Korang pernah tengok ayat cam ni keluar paper? Nak mampus!! So ayatnya akan jadi begini.

Mengenang kembali bagaimana dia boleh berjaya, si polan memberitahu, dia pernah dicemuh keluarga kerana gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menyifatkan masa depannya sudah gelap.

Hasil dari kegigihannya, dia bangkit dengan usahanya sendiri untuk membuktikan pada mereka, si gagal ini juga boleh berjaya. Akhirnya dia mampu membuka mata khalayak dan sekaligus membunuh tanggapan orang bahawa mereka yang gagal SPM tidak boleh berjaya.

Ha..ye adik2..Kak J memberi kelas bahasa..hahaha..nak mampus..tau dek..TUTTT...akan dikatanya..layak ke kau bagi kelas kalau setakat hidup jadi wartawan berangan!!..Itu la gelaran saya empat sekawan pernah dapat dari beberapa orang yang aku tak tau apa tujuan dia buat demikian..Tak pe la yang mak tau..mak catwalk..duduk meja..main game mahjong aku tu..buat keje..lepak meja bulat..makan..balik..hahaha..itu lah rutin aku..dah la aku nak tido..bye

Comments

dieja yusoff said…
hahahah! kelakar post ni.. hahaa.. kelakar bab yg ken aolah balik pas interview org.. :)
juliaismail said…
Itu la kenyataannya. Kalau main tulis je apa dorang cakap memang haru biru la surat khabar itew..hahaha

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri